AS catat 2,073 kes kematian akibat Covid-19


Seorang wanita memakai topeng muka melintasi lukisan di California, AS yang memberi penghormatan kepada barisan hadapan dalam memerangi pandemik Covid-19. – Gambar EPA, 7 Mei, 2020.

AMERIKA Syarikat (AS) mencatatkan 2,073 kematian akibat koronavirus dalam tempoh 24 jam terakhir, menjadikan jumlahnya kepada 73,095 orang, menurut data terbaru yang dilaporkan oleh Johns Hopkins University pada Rabu.

Negara yang paling teruk dilanda wabak dari segi jumlah kematian, mengesahkan sejumlah 1,227,430 kes, lapor universiti yang berpusat di Baltimore itu. – AFP, 7 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen