Kes Covid-19 di AS cecah 1.2 juta


Petugas kesihatan di bandar New York. New York kekal negeri paling teruk dilanda wabak dengan 321,192 kes dan 25,073 kematian akibat Covid-19. – Gambar EPA, 6 Mei, 2020.

JUMLAH kes Covid-19 di Amerika Syarikat mencecah 1,201,337 pada 6 petang (2200 GMT) Selasa, menurut data  Johns Hopkins University, lapor agensi berita Xinhua.

Sementara itu, seramai 70,646 orang maut setakat ini.

New York kekal negeri paling teruk dilanda wabak dengan 321,192 kes dan 25,073 kematian diikuti New Jersey 130,593 kes dan 8,244 kematian. 

Massachusetts, Illinois, California dan Pennsylvania masing-masing mencatat lebih 50,000 kes. – Bernama, 6 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen