PERDANA Menteri Lesotho Thomas Thabane pada Selasa mengumumkan kerajaan akan mula melonggarkan sekatan yang dikenakan pada April untuk mengekang wabak Covid-19, lapor agensi berita Anadolu.
Beliau berkata perniagaan yang tidak penting akan dibenar beroperasi semula secara terhad mulai hari ini.
Lesotho, satu-satunya negara Afrika yang tidak melaporkan kes Covid-19 walaupun berdekatan dengan Afrika Selatan yang merekodkan sekurang-kurangnya 7,572 kes dan 148 kematian.
Thabane berkata institusi pengajian tinggi dan sekolah menengah akan dibuka semula secara bertahap, sementara pejabat kerajaan dan syarikat negeri dibuka untuk waktu yang terhad.
Bagaimanapun, sempadan masih ditutup bagi membolehkan negara terus memantau keadaan.
Beliau turut mengingatkan rakyat untuk terus berwaspada, memakai penutup hidung dan mulut serta mematuhi garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia. – Bernama, 6 Mei, 2020.
Komen