TUJUH warga Indonesia dan Bangladesh melarikan diri dari pusat kuarantin di Kuala Lumpur, lapor The Star.
Ini merupakan kejadian kedua di pusat itu.
Warga asing tersebut diarahkan menjalani kuarantin sehingga esok kerana mereka tinggal bersama individu yang disyaki positif Covid-19 di Selangor Mansion, Menara City One Plaza dan Kg Baru.
Kehilangan mereka disedari oleh doktor yang membuat pada jam 10 pagi semalam.
Mereka didakwa memotong pagar semasa waktu sahur dan melarikan diri.
Seorang warga Bangladesh yang melarikan diri Sabtu lalu juga masih belum ditemui. – 6 Mei, 2020.
Komen