Lebih 254,000 maut akibat Covid-19 sejak Disember 


Lebih 3,629,160 kes disahkan di 195 negara dan wilayah. – Gambar AFP, 6 Mei, 2020.

PANDEMIK Covid-19 sehingga kini meragut sekurang-kurangnya 254,532 nyawa sejak mula dikesan di China pada Dismeber lalu, menurut angka rasmi yang diperolehi AFP sehingga 7 petang semalam.

Lebih 3,629,160 kes disahkan di 195 negara dan wilayah.

Daripada jumlah tersebut, sekurang-kurangnya 1,124,600 pulih sepenuhnya.

Jumlah itu diperoleh daripada pihak berkuasa kebangsaan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), namun tidak menggambarkan jumlah kes sebenar dunia berikutan kebanyakan negara hanya melakukan ujian saringan kepada kes jangkitan serius.

Dalam tempph 24 jam semalam, sebanyak 5,163 kes kematian dan 75,474 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan di serata dunia. 

Amerika Syarikat (AS) mendahului angka kematian tertinggi iaitu 1,830 kes, diikuti Britain (693) dan Perancis (330). 

Bagi jumlah kumulatif pula, AS sehingga kini merekod 70,115 kematian daripada 1,193,027 kes jangkitan. Sekurangn-kurangnya 187,180 orang disahkan sembuh.

Britain berada di belakang AS dengan jumlah kumulatif 29,427 kematian daripada 194,990 kes jangkitan, diikuti Itali dengan 29,315 kematian daripada 213,013 jangkitan, Sepanyol (25,613 kematian daripada 219,329 kes) dan Perancis (25,531 daripada 170,551 kes).

China kecuali Hong Kong dan Macau sehingga kini mencatat 4,633 kematian dan 82,881 kes Covid-19. Seramai 77,853 sembuh di negara itu. – AFP, 6 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen