Australia rugi AS$2.5 bilion seminggu akibat Covid-19


Australia mencatatkan 6,849 kes jangkitan dengan 96 kematian setakat ini. – Gambar AFP, 5 Mei, 2020.

AUSTRALIA kehilangan AS$2.5 bilion seminggu ekoran penutupan sektor ekonomi disebabkan wabak Covid-19.

Menurut ramalan, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu dijangka menurun sebanyak 10% pada Jun.

Australia berjaya mengawal penularan wabak itu apabila hampir tiada kes baharu dicatatkan di kebanyakan wilayah.

Namun Ketua Perbendaraan Josh Frydenberg berkata langkah untuk mengekang penularan wabak itu memberi kesan besar terhadap ekonomni dengan jangkaan KDNK dijangka turun 10% pada Jun.

“Dengan larangan yang masih dikuatkuasakan, kita kehilangan AS$2.5 bilion setiap minggu apabila aktiviti ekonomi berkurangan termasuk produktiviti, penglibatan pekerja dan jumlah penggunaan,” katanya.

Biro Statistik Australia (ABS) melaporkan sebanyak 7.5% penurunan dalam peluang pekerjaan atau bersamaan 700,000 pekerja hilang kerja daripada 13 juta keseluruhan tenaga kerja di negara itu.

Satu pertiga pekerja yang terjejas termasuk industri hotel dah hospitaliti manakal 27% lagi mereka yang terlibat dalam sektor seni dan rekreasi.

Jabatan Perbendaharaan sebelum ini menganggarkan kadar pengangguran akan naik kepada 10% pada pertengahan tahun ini disebabkan wabak itu.

Ia melibatkan jumlah 1.4 juta orang yang kehilangan kerja.

ASB juta melaporkan 31% isi rumah di seluruh negara mendapati tahap kewangan mereka semakin buruk. 

Australia mencatatkan 6,849 kes jangkitan dengan 96 kematian setakat ini. – AFP, 5 Mei, 2020.    


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen