Thailand arah perniagaan langgar peraturan cegah Covid-19 ditutup


Kerajaan Thailand pada Ahad membenarkan enam jenis perniagaan termasuk pasar dan restoran kecil dibuka semula di bawah fasa pertama. – Gambar AFP, 5 Mei, 2020.

PERNIAGAAN yang dibenar kembali beroperasi susulan kelonggaran yang diberikan, boleh diarah ditutup semula jika gagal mematuhi garis panduan kawalan penyakit, kata wakil Perdana Menteri Thailand Wissanu Krea-ngam, lapor agensi berita Thailand (TNA) pada hari Selasa.

Kerajaan Thailand pada Ahad membenarkan enam jenis perniagaan termasuk pasar dan restoran kecil dibuka semula di bawah fasa pertama.

Wissanu berkata beliau ada menerima laporan mengenai beberapa pengusaha perniagaan yang melanggar peraturan dan amaran telah diberikan.

Beliau berkata Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) sedang menilai keadaan selepas fasa pertama dilaksanakan. Di Bangkok, beberapa restoran diarah tutup setelah didapati gagal mematuhi peraturan walaupun selepas diberi amaran.

Di beberapa wilayah tertentu, gabenor diberi kuasa untuk mengarahkan perniagaan ditutup, jika peniaga didapati tidak mematuhi peraturan. – Bernama, 5 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen