PRESIDEN Mahmoud Abbas pada Isnin malam bersetuju untuk melanjutkan darurat di Palestin ketika wabak Covid-19 terus menular di negara ini, lapor agensi berita Anadolu.
Menurut agensi berita rasmi WAFA, Abbas melanjutkan sekatan pergerakan selama sebulan lagi mulai 5 Mei.
Sekatan pergerakan setakat ini sudah dilanjutkan sebanyak tiga kali.
Kerajaan Palestin mengisytiharkan sekatan pergerakan yang pertama selama 30 hari pada 6 Mac. Selepas kes Covid-19 di kesan di Bethlehem, presiden kemudian memutuskan melanjutkannya selama sebulan lagi pada 3 April.
Menteri Kesihatan Palestin Mai al-Kaila dalam satu kenyataan berkata 10 kes baharu dilaporkan di Baitulmaqdis yang diduduki dan di Tebing Barat.
Jumlah kes meningkat 170 di Baitulmaqdis dan 362 di Tebing Barat serta Gaza. – Bernama, 5 Mei, 2020.
Komen
#SolidarityAtHome #ZionistTheRealVirus
Cinta tanpa bukti adalah cinta palsu, begitu juga solidariti tanpa tandatangan petisyen adalah omong kosong.
Sign Your Petition for Solidarity for Palestine :
https://www.change.org/SelamatkanAl-Quds2020
Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Heykal Karim · Ulasan