Santhara bersandiwara tentang dipecat PKR, kata Anwar


Chan Kok Leong

TIMBALAN Menteri Wilayah Persekutuan Edmund Santhara cuba bersandiwara berhubung pemecatannya daripada PKR, kata Anwar Ibrahim.

“Dia (Santhara) sudah meninggalkan parti ini pada Februari apabila mahu menyertai kumpulan pengkhianat (Perikatan Nasional),” kata Presiden PKR itu pada sesi penstriman video secara langsung di Facebook hari ini,

“Cakap sahaja jika dia mahu keluar (PKR), tetapi buat sedih apabila kena pecat. Ini sandirawa, wayang purba apa?” kata pemimpin berusia 72 tahun itu.

Anwar menjawab soalan tentang tindakan PKR memecat 348 ahli termasuk Adun serta tindakan gantung beberapa ahli lain.

Santhara antara ahli yang dikenakan tindakan dan beliau memerli Anwar kerana memecatnya dari PKR pada sambutan hari jadinya pada 3 April lalu.

Santhara antara 11 Ahli Parlimen PKR yang menyertai kem Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamarudin ketika berkomplot menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan pada 24 Februari lalu.

Selain Ahli Parlimen Selangau Baru Bian, selebihnya menyertai Bersatu dan menyokong Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri berbanding Dr Mahathir Mohamad.

Kemudian Santhara yang merupakan Ahli Parlimen Segamat dilantik menjadi timbalan menteri di bawah pentadbiran Muhyiddin. – 5 Mei, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen