PELAJAR di Korea Selatan akan kembali semula ke sekolah mulai minggu hadapan ketika negara itu berusaha menjalani kehidupan normal seleps penurunan kes baharu Covid-19 dalam beberapa hari terakhir.
Sekolah ditutup pada awal Mac apabila Korea Selatan menjadi negara kedua paling teruk dilanda virus berkenaan.
Pelajar mengikuti kelas dalam talian sejak April tetapi pegawai berkaitan berkata sekolah akan dibuka secara berperingkat mulai Rabu depan sehingga 1 Jun.
“Pembukaan semula skeolah bukan bermaksudnya Covid-19 sudah berakhir,” kata Menteri Pendidikan Yoo Eun-hae sambil menambah langkah berjaga-jaga mesti diambil.
Keputusan mengenai sekolah dibuat menjelang jangkaan kelonggaran peraturan penjarakan sosial di Korea Selatan pada Rabu.
Beberapa sukan professional termasuk bola keranjang dan bola sepak akan memulakan musim baharu minggu ini selepas ditangguh kerana Covid-19 walaupun perlawanan akan dimainkan di kawasan tertutup.
Korea Selatan melaporkan lapan jangkitan baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 10,801 ke, kata Pusat Kawalan Penyakit Korea.
Angka kematian yang dilaporkan di negara itu sekitar 250 orang – jauh lebih rendah dari Itali, Britain, Sepanyol dan Perancis di mana sekurang-kurangnya 24,000 kematian sudah dicatat. – AFP, 4 Mei, 2020.
Komen