PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di enam kawasan sekitar Selayang di utara Kuala Lumpur yang sepatutnya tamat semalam dilanjutkan hingga ke 12 Mei, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.
Enam kawasan terbabit adalah Parcel C (Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara), Parcel D (Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara), Parcel E1 (Taman Sri Murni Fasa 2, Jalan 1/2D), Parcel E2 (Taman Sri Murni Fasa 1, Jalan 1/2D), Parcel E3 (Taman Sri Murni Fasa 3, Jalan 1/2B) dan Parcel F (Taman Batu View and Taman Batu Hampar).
Beliau berkata keputusan itu dibuat berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan.
Sementara itu, PKPD di Parcel A (Jalan 6/3A, Pusat Bandar Utara) dan Parcel B (Jalan 6/3A dan 9/3A, Pusat Bandar Utara), serta Pasar Borong Kuala Lumpur ditamatkan hari ini.
Semalam, PKPD di Malayan dan Selangor Mansion, Menara City One dan di kawasan sekitar Masjid India ditamatkan semalam.
“Mereka kini bebas bergerak memandangkan PKPD tamat semalam. Tiada arahan mengenai pendatang tanpa izin, itu sebabnya mereka ditempatkan di depoh tahanan Imigresen,” katanya.
PKPD di Sekolah Tahfiz An-Nabawiyyah dan kawasan perumahan di Batu 23, Sungai Lui, Hulu Langat turut ditamatkan semalam.
Dalam perkembangan lain, 401 individu ditahan semalam kerana melanggar PKP, menjadikan jumlah keseluruhan yang ditangkap setakat 3 Mei, 24,081. – 4 Mei, 2020.
Komen