Jumlah kenderaan meningkat pada hari pertama PKPB


Ravin Palanisamy

Kakitangan MRT memeriksa suhu seorang penumpang sebelum dibenarkan menaiki pengangkutan awam berkenaan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 4 Mei, 2020.

JUMLAH kenderaan dilihat meningkat pada hari pertama perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) namun rata-rata kawasan masih sunyi disebabkan kebanyakan perniagaan masih ditutup.

Tinjauan dibuat oleh The Malaysian Insight mendapati Pavilion Mall yang kebiasaannya sesak dan sibuk di pusat bandar sunyi sepi dengan hanya beberapa pelanggan di restoran.

Di dalam pusat membeli-belah beberapa kedai masih ditutup sementara yang lain sedang bersiap sedia untuk dibuka.

Beberapa kedai dan restoran yang dibuka mengikuti prosedur operasi standard dengan ketat di mana pelanggan perlu memberikan maklumat hubungan mereka sebelum memasuki premis.

Tidak ramai orang dilihat di sekitar Bukit Bintang kecuali mereka yang menuju ke bank.

Beberapa restoran masih mengamalkan sistem bawa pulang dan tidak makan di kedai.  

PKPB yang bermula hari ini membolehkan kebanyakan sektor ekonomi dibuka semula untuk perniagaan.

Namun mereka harus mengikuti beberapa peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Simon yang mengendalikan sebuah restoran di Bukit Bintang selama dua tahun berkata dia menjangkakan peningkatan jumlah pelanggan hari ini.

Namun katanya perniagaan pada hari pertama PKPB dilihat agak perlahan.

“Orang ramai masih berhati-hati. Masih ada kes di Malaysia.   

“Mereka tahu masih ada risiko jika keluar,” katanya yang berusia 50 tahun. – 4 Mei, 2020.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen