KERAJAAN Britain dijangka mengumumkan pelan melonggarkan perintah pengurungan pada minggu depan ketika kes Covid-19 di negara itu mulai menurun.
Perdana Menteri Boris Johnson berkata negara itu sudah melepasi tahap kemuncak wabak tersebut dan akan mengeluarkan garis panduan bagi menarik semula langkah keselamatan yang dilaksanakan pada hujung Mac.
Menurut data terkini, sebanyak 28,131 kematian akibat Covid-19 dicatatkan di Britain dan kes jangkitan juga sudah menurun.
Johnson sendiri telah dijangkiti Covid-19 dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi selama tiga hari.
Beliau berkata pelan tersebut akan disediakan sebagai persediaan jika beliau meninggal dunia.
“Ia merupakan detik sukar, saya perlu mengakuinya,” katanya.
Sementara itu, Menteri Pengangkutan Grant Shapps berkata keadaan tidak akan lagi sama terutamanya bagi sektor perniagaan.
Beberapa akhbar minggu negara itu melaporkan sekolah rendah mungkin dibuka semula seawal Jun dan perkhidmatan komuter perlu mengadakan pemeriksaan suhu bagi setiap penumpang.
Langkah kuarantin bagi pelancong yang datang ke Britain juga akan dilaksanakan.
Britain mengarahkan semua perkhidmatan tidak penting untuk menutup operasi bermula 23 Mac lalu dan penduduk diarahkan duduk di rumah bagi mengurangkan risiko penularan virus maut itu.
Langkah itu yang dilanjutkan sehingga 16 April telah menjejaskan ekonomi negara tersebut. – AFP, 3 Mei, 2020.
Komen