180 Pati ditahan di Mansion Selangor


Alfian Z.M. Tahir Ravin Palanisamy

Trak Jabatan Imigresen meninggalkan kawasan Masjid India selepas menjalankan serbuan di Mansion Selangor pagi tadi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 3 Mei, 2020.

SERAMAI 180 pendatang tanpa izin (Pati) ditahan oleh Jabatan Imigresen dalam serbuan di Mansion Selangor pagi tadi.

Sumber polis memberitahu The Malaysian Insight bahawa kebanyakan mereka yang ditahan berasal dari India dan Bangladesh.

“Dalam operasi selama dua jam itu kebanyakan mereka yang ditahan berasal dari India dan Bangladesh,” menurut sumber berkenaan.

Seorang warganegara Malaysia yang tinggal di bangunan itu memberitahu The Malaysian Insight bahawa pekerja asing sah yang tinggal di sana juga takut susulan tangkapan yang dibuat selama dua hari.

“Mereka takut. Pada Jumaat pihak berkuasa menyerbu Menara City One dan hari ini Selangor Mansion.

“Sebilangan daripada mereka takut pihak berkuasa akan datang lagi,” katanya yang enggan namanya disebut.

Media di tempat kejadian hari ini dilarang untuk merakam gambar operasi yang dijalankan dan mereka juga tidak dibenarkan mendekati pegawai yang melakukan serbuan. – 3 Mei, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen