Korea Selatan longgar peraturan penjarakan sosial


Korea Selatan mencatatkan 13 kes baharu hari ini dengan keseluruhan 10,793 kes. – Gambar AFP, 3 Mei, 2020.

KOREA Selatan akan melonggarkan peraturan penjarakan sosial pada minggu depan dengan membenarkan acara himpunan atau majlis diadakan selepas jumlah kes Covid-19 di negara itu turun sejak beberapa hari lalu.

Republik itu antara negara paling teruk dilanda wabak itu selain China dan terpaksa menguatkuasakan peraturan penjarakan sosial yang ketat sejak Mac lalu.

Sejumlah besar majlis dan acara termasuk konsert K-pop dan sukan, terpaksa dibatal atau ditangguhkan.

Selain itu, muzium dan galeri juga ditutup bagi menangani krisis kesihatan tersebut.

Namun Korea Selatan dilihat berjaya mengawal penularan wabak itu selepas hanya mencatat 250 kematian, jauh lebih rendah berbanding Itali, Britain, Sepanyol dan Perancis yang mencatatkan sekurang-kurangnya 24,000 kematian setiap negara.

“Korea Selatan akan melaksanakan skim kuarantin bermula Rabu,” kata Perdana Menteri Chung Sye-kyun.

“Acara dan majlis dibenarkan dengan bersyarat serta perlu mematuhi langkah yang ditetapkan,” katanya.

Korea Selatan mencatatkan 13 kes baharu hari ini dengan keseluruhan 10,793 kes.

Kerajaan juga sedia mengumumkan tarikh pembukaan semula sekolah yang dijangka pada pertengahan Mei. – AFP, 3 Mei, 2020.    


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen