PRESIDEN Iran Hassan Rouhani membenarkan pembukaan semula masjid di sebahagian besar di negar itu bermula Isnin ketika langkah keselamatan mula dilonggarkan.
Rouhani berkata 132 daerah atau satu pertiga daripada negara itu akan membuka semula rumah ibadat tersebut.
“Penjarakan sosial amat penting daripada solat berjemaah,” katanya sambil menegaskan bahawa Islam amat mementingkan pematuhan keselamatan dan bersolat di masjid hanya digalakkan.
Daerah yang dibenarkan untuk membuka semula masjid adalah kawasan berisiko rendah, katanya.
Rouhani berkata jawatankuasa keselamatan juga mempertimbangkan untuk membuka semula sekolah sebelum 16 Mei bagi membolehkan sesi pembelajaran berlangsung sebulan sebelum cuti pertengahan tahun.
Seramai 6,150 orang maut dan lebih 95,000 orang dijangkiti Covid-19 di Iran.
Semalam, Iran mencatatkan kes harian terendah sejak 10 Mac. – AFP, 3 Mei, 2020.
Komen