Afrika Selatan lapor 385 kes baharu Covid-19


Seorang wanita memakai topeng muka ketika keluar sekitar kawasan perkampungan di Afrika. – Gambar EPA, 3 Mei, 2020.

ARIKA Selatan semalam melaporkan 385 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, jumlah harian tertinggi sejak negara ini mencatatkan kes pertama pada awal Mac.

Kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,336 orang sudah dijangkiti, kata Menteri Kesihatan Zweli Mkhize dalam satu kenyataan, lapor agensi berita Xinhua.

Wilayah Cape Barat paling banyak mencatatkan kes iaitu 2,700 diikuti wilayah Gauteng 1,598 dan wilayah KwaZulu-Natal 1,051.

“Dukacita, kami umumkan tujuh lagi kematian disebabkan Covid-19 yang dilaporkan di Cape Barat dan Free State,” katanya.

Seramai 123 orang maut di Afrika Selatan setakat ini.

Kebanyakan yang maut terdiri mereka berusia 64 tahun dan mempunyai sejarah penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetes dan penyakit jantung. – Bernama, 3 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen