70 jangkitan tempatan dari 122 kes baharu Covid-19 hari ini


Petugas kesihatan mengambil maklumat penduduk yang menjalani saringan Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Mei, 2020.

KES baharu positif Covid-19 meningkat kepada 122 kes setakat pukul 12 tengah hari ini berbanding semalam sebanyak 105 kes. 

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara setakat ini ialah 6,298 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata 52 adalah kes import manakala 70 lagi merupakan kes penularan tempatan.

“Sehingga kini, 27 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 13 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis Kebangsaan (CPRC), terdapat pertambahan dua lagi kes kematian berkaitan Covid-19.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 105 kes,” katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 hari ini.

Beliau berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,780 kes. – Bernama, 3 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen