Banyak PKS akan struktur gaji, kecil operasi lepas tamat PKP, kata tinjauan


Bede Hong

KEBANYAKAN perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dijangka mengambil langkah memotong gaji dan mengecilkan operasi sebagai usaha tidak membuang pekerja dan mahu kekal dalam perniagaan selepas berakhirnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata satu tinjauan.

Tinjauan oleh SME Malaysia yang disiarkan semalam itu melibatkan 4,380 peserta dengan hanya 39% atau 1,708 daripadanya merancang untuk membuang pekerja.

Daripada jumlah 1,708 itu, 52% responden akan membuang kurang 30% pekerja manakala 30% lagi akan membuang 30-50% staf.

Hanya 8% responden yang mahu membuang lebih separuh pekerja mereka.

Bagi pemotongan gaji, sebanyak 67% perniagaan mempertimbang langkah memotong gaji dengan 30% daripadanya akan memotong kurang daripada 30%.

Kira-kira 45% berkata mereka akan memotong antara 30 hingga 50% gaji pekerja manakala 25% lagi akan memotong separuh gaji pekerja mereka.

Sejumlah 70% PKS juga meminta staf mereka mengambil cuti tanpa gaji semasa tempoh PKP.

Tinjauan itu menumpukan langkah yang diambil oleh pemilik PKS semasa PKO dan pelan mereka dalam tempoh beberapa bulan akan datang selepas PKP berakhir. – 2 Mei, 2020.

Berita penuh di sini.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen