GURU dan ibu bapa di sebuah sekolah di Rawang, Selangor pantas bertindak ketika diumumkan sekolah akan memulakan pembelajaran dalam talian semasa perintah kawalan pergerakan (PKP).
Dalam masa dua hari, para guru, pentadbir dan ibu bapa menubuhkan kumpulan WhatsApp untuk berkongsi tugasan dan senarai bacaan bagi murid tingkatan satu hingga lima, kata Mohamed Saufi Shafie, yang terlibat dalam kumpulan itu.
Tetapi sekolah Saufi adalah terkecuali daripada lebih 900 sekolah di Selangor, yang kebanyakannya mempunyai rangkaian ibu bapa-guru yang lemah.
“Rakan saya di kawasan lain di Selangor berkata sekolah mereka tidak tahu apa yang harus dilakukan mengenai kelas dalam talian,” kata Saufi, bapa yang merupakan sebahagian daripada kumpulan ibu bapa-guru yang diluluskan oleh kerajaan di Selangor.
“Mereka tidak menubuhkan kumpulan WhatsApp untuk berkongsi bahan pembelajaran,” kata Saufi yang mengetuai Kumpulan Penggerak Ibu Bapa dan Komuniti di Selangor.
“Ketika ibu bapa bertanya mengenai pembelajaran dalam talian, guru berkata mereka tidak tahu apa yang harus dilakukan dan sudah terlambat untuk memulakannya. Oleh itu, tiada kelas dalam talian.”
Kisah seperti itu, kata Saufi menggambarkan sikap mudah berpuas hati kebanyakan guru dan pentadbir yang merosakkan sekolah kebangsaan.
Tidak teratur dan kualiti pembelajaran dalam talian yang tidak konsisten semasa PKP mencerminkan masalah sistem sekolah di Malaysia, kata Saufi.
Kumpulan ibu bapa dan guru lain turut berasa hal yang sama, berkata mereka memperlihatkan bagaimana dasar yang bertujuan baik seperti Pelan Pembangunan Pendidikan Nasional 2013-2025 tidak dijalankan di peringkat dasar.
Tetapi walaupun kelemahan sistem itu didedahkan, ada yang berpendapat inisiatif kelas dalam talian menonjolkan para guru, pentadbir dan sekolah memperlihatkan respons yang baik dan harus diiktiraf bagi kerja keras mereka. – 14 Mei, 2020.
Komen