KKM hanya jalankan ujian saringan ke atas pendatang asing, kata KP Kesihatan 


Noel Achariam

Lori Jabatan Imigresen yang membawa pendatang asing keluar daripada kawasan Masjid India yang masih dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.– Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 1 Mei, 2020.

KEMENTERIAN Kesihatan hanya menjalankan ujian saringan Covid-19 ke atas pendatang asing yang memiliki dokumen perjalanan atau tanpa dokumen perjalanan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata demikian ketika ditanya pemberita berhubung serbuan pendatang tanpa izin di bangunan yag dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menurutnya, isu dokumentasi adalah di bawah bidang selia Kementerian Dalam Negeri, dan pihak berkuasa kesihatan hanya menjalankan ujian saringan Covid-19.

“Sekiranya mereka (pendatang asing) datang kepada kami, maka adalah tugas kami untuk memastikan mereka sama ada memiliki dokumen perjalanan atau tidak, atau warganegara kita sekalipun, bebas daripada jangkitan.

“Jadi, itu adalah tanggungjawab Kementerian Kesihatan. Selain daripada itu adalah tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri atau Jabatan Imigresen,” katanya pada sidang media harian situasi Covid-19 hari ini.

Hari ini, satu serbuan ke atas pendatang asing tanpa izin dijalankan di Menara City One di Kuala Lumpur, yang dikenakan PKPD, yang dijalankan pihak berkuasa hari ini walaupun kerajaan sebelum ini berjanji tidak akan menahan mereka ketika dalam tempoh PKP. – 1 Mei, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen