KEMENTERIAN akan mempertingkatkan pemantauan terhadap Covid-19, terutamanya selepas kerajaan melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 4 Mei ini, bagi mengelakkan penularan virus dalam masyarakat.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, PKP telah mencapai sasarannya untuk meratakan lengkungan jangkitan, dan langkah seterusnya adalah untuk menguruskan wabak itu dalam masyarakat.
“Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat masih akan digunakan sekiranya jumlah kes jangkitan meningkat. Kawalan sempadan juga akan diperketatkan.
“Kita perlu menguruskan wabak itu dalam masyarakat. Sekiranya kita melihat kepada pemantauan kini berbanding minggu pertama April, ia menunjukkan pengesanan virus semakin berkurangan.
“Bagaimanapun, kita akan pertingkatkan pemantauan di seluruh negara dan mengekang penularan virus,” katanya pada sidang media harian situasi Covid-19 di Putrajaya hari ini.– 1 Mei, 2020.
Komen