Timbalan menteri dan exco bukan langgar PKP, kata Ismail Sabri


Alfian Z.M. Tahir

Gambar menunjukkan Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali dan exco Perak Razman Zakaria ketika menghadiri jamuan makan di sebuah tahfiz di Lenggong, Perak. – Gambar The Malaysian Insight, 29 April, 2020.

TIMBALAN Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali dan exco Perak Razman Zakaria tidak melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) tetapi melanggar prosedur operasi standard (SOP), kata Menteri Kanan Ismail Sabri.

Sebagai wakil rakyat kedua-dua dibenarkan membuat lawatan dan membantu mereka yang memerlukan semasa PKP, katanya pada sidang media harian mengenai langkah-langkah keselamatan Covid-19.

“Tiada siapa yang melanggar undang-undang. Dalam hal ini kita berlaku adil terhadap semua orang. Wakil menteri dan exco Perak hanya didenda kerana tuduhan mereka berbeza.

“Mereka tidak melanggar PKP tetapi sebaliknya mereka tidak ikut SOP.

“Kesalahan yang mereka lakukan adalah tidak mematuhi SOP seperti tidak menjaga penjarakan sosial,” katanya. 

Namun yang lain kedua-dua mereka didenda dan jika gagal akan dituduh di bawah Kanun Keseksaan, kata Ismail Sabri yang merupakan jurucakap Majlis Keselamatan Negara.

“Sebagai contoh mereka yang menghalang penjawat awam menjalankan tugas,” katanya merujuk kepada individu yang melawan polis di sekatan jalan raya.

Ismail Sabri ditanya mengapa individu tertentu hanya didenda kerana melanggar PKP sementara yang lain dipenjara kerana kesalahan serupa. – 29 April, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen