REMBAU di Negeri Sembilan yang merupakan zon merah pertama melaporkan kes Covid-19 tidak aktif kini merekodkan jangkitan aktif baharu, menurut infografik Kementerian Kesihatan.
Sementara itu Kelantan menjadi negeri bebas jangkitan.
Rembau merupakan zon merah pertama menjadi zon hijau selepas melaporkan kes tidak aktif pada 21 April.
Namun setakat tengah hari semalam jumlah jangkitan kumulatif di daerah ini meningkat menjadi 54 dari 53 selepas jangkitan baharu dikesan.
Sementara itu di Kelantan menyaksikan 10 daerahnya bebas jangkitan selepas tiada kes aktif dilaporkan di setiap daerah.
Negeri berkenaan mempunyai sejumlah 155 kes dengan Kota Bharu menyumbang 90 kes daripada jangkitan ini.
Kelantan menjadi negeri kedua melaporkan kes tidak aktif selepas Perlis.
Jumlah daerah dengan kes aktif di zon merah kekal pada 12 sementara zon kuning menurun menjadi 61 dari 68.
Jumlah zon hijau kini 85.
Lembah Pantai kekal sebagai zon yang mempunyai jumlah jangkitan tertinggi dengan 751 kes di mana 289 daripadanya adalah jangkitan aktif.
Pengkategorian zon merah adalah untuk kawasan dengan lebih dari 41 kes, zon oren (20 hingga 40 kes), zon kuning (satu hingga 19 kes) dan zon hijau (tiada kes).
Jumlah nasional jangkitan Covid-19 setakat semalam berjumlah 5,851 di mana 1,719 adalah kes aktif.
Sehingga kini wabak berkenaan telah meragut 100 nyawa di negara ini. – 29 April, 2020.
Komen