Inspektor polis didakwa perdagang 2 wanita Mongolia


Bede Hong

Hazrul Hizham Ghazali didakwa di Mahkamah Sesyen Klang pagi ini atas tuduhan melakukan pemerdagangan orang dan merogol dua wanita Mongolia. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 29 April, 2020

SEORANG inspektor polis mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan anti pemerdagangan orang dan anti penyeludupan migran serta eksploitasi seksual terhadap dua wanita Mongolia.

Hazrul Hizham Ghazali mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Klang Tasnim Abu Bakar pagi ini.

Tertuduh berusia 30 tahun yang berbaju biru dan seluar jeans, kelihatan tenang sepanjang prosiding.

Beliau dan semua yang hadir di mahkamah hari ini, memakai topeng perlindungan.

Hakim membenarkan ikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Saudara Hazrul membayar ikat jamin selepas prosiding.

Hakim menetapkan pengurusan kes pada 17 Jun.

Hazrul didakwa memperdagangkan dua wanita terbabit antara 10.30 malam pada 10 April dan 8.30 malam keesokan harinya di Bilik 302 Hotel PJ Luxe di Petaling Jaya.

Beliau juga didakwa melakukan eksploitasi seksual dengan menyalahgunakan kuasanya, mengikut Seksyen 13(f) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007.

Jika disabitkan bersalah, tertuduh boleh dihukum penjara antara tiga hingga 20 tahun dan denda.

Terdahulu, hakim membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Al-Saifi Hashim untuk mahkamah tidak mendedahkan identiti dua wanita terbabit terbabit yang berusia 20 dan 36 tahun. – 29 April, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen