KOTA BHARU menjadi zon merah terbaru yang melaporkan tiada kes aktif selepas Rembau dan Hilir Perak, menurut infografik Kementerian Kesihatan.
Daerah di Kelantan itu melaporkan sejumlah 90 jangkitan kumulatif dan disenaraikan sebagai zon merah.
Sementara itu 77 daerah di seluruh negara kini melaporkan tiada kes aktif sehingga tengah hari semalam.
Tiga zon merah lain iaitu Kinta, Sepang, Hulu Langat dan Lahad Datu masing-masing melaporkan kurang dari 10 kes aktif.
Di seluruh negara terdapat sembilan daerah dengan kes aktif di zon merah, turun dari 13 daerah pada hari sebelumnya.
Sementara itu 67 kes melaporkan kurang daripada 20 jangkitan aktif.
Pengkategorian zon merah adalah untuk kawasan dengan lebih dari 41 kes, zon oren (20 hingga 40 kes), zon kuning (satu hingga 19 kes) dan zon hijau (tiada kes).
Lembah Pantai di Kuala Lumpur kekal sebagai zon merah dengan jumlah jangkitan tertinggi untuk hari ke-25 berturut-turut.
Dilaporkan sejumlah 751 kes terkumpul di mana 289 kes masih aktif.
Angka jangkitan berjumlah 5,820 di mana 1,764 daripadanya adalah kes aktif.
Sementara itu tidak ada kematian dilaporkan setakat tengah hari semalam menjadikan jumlah kematian seramai 99 orang. – 28 April, 2020.
Komen