Ada penduduk belum diuji Covid-19, kata wakil penduduk City One


Ravin Palanisamy

Petugas kesihatan melakukan saringan Covid-19 ke atas penduduk Menara City One, Kuala Lumpur. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 April, 2020.

SEBILANGAN kecil penduduk di Kondominium Menara City One masih belum menjalani saringan Covid-19 sehingga sekarang selepas hampir sebulan mereka berada di bawah perintah pengurungan pada 31 Mac lalu, kata seorang ahli jawatankuasa penduduk.

Ahli jawatankuasa yang tidak mahu namanya disiarkan berkata dia menyalahkan laras bahasa, kekurangan komunikasi dan pengumpulan data yang teruk oleh pihak berkuasa.

Namun dia menegaskan hanya sebilangan kecil penduduk sahaja belum disaring.

“Pihak pengurusan berjaya mengumpulkan sebahagian besar penduduk untuk menjalani saringan pada 23 April, hampir tiga minggu setelah perintah kawalan pergerakan dipertingkatkan (PKPD) dilaksanakan di sini,” katanya. 

Beliau berkata pihak pengurusan hanya mengetahui mengenai masalah berkenaan selepas mendapat aduan daripada jiran tetangga di kondominium berkenaan.

“Dalam beberapa hari terakhir, kami tahu ada yang belum menjalani ujian. Pada awalnya rancangan kementerian untuk memanggil unit demi unit. Entah bagaimana ada beberapa unit yang tidak dipanggil langsung.

“Penduduk di unit ini tidak keluar bergaul dan mereka juga tidak berada dalam kumpulan WhatsApp. Oleh itu mereka tidak tahu apa-apa mengenai saringan,” katanya. – 27 April, 2020.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen