PELARIAN Rohingya Salama Nazira menangis di luar Mahkamah Majistret Ampang selepas anak bongsunya yang merupakan remaja bawah umur berusia 16 tahun dituduh melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) apabila keluar untuk membeli beras dan minyak.
“Saya tak patut membiarkannya,” katanya.
Memakai tudung berwarna ungu, ibu berusia 55 tahun itu sudah berputus asa dengan masa depan.
Dia dan suaminya bersama empat anak mereka sudah kehilangan kerja selepas perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan pada 18 Mac.
Anak lelakinya itu yang dilahirkan di Malaysia bekerja di bengkel logam.
Bagaimanapun peguam pro bononya yakin dengan kes berkenaan. Remaja itu bersama seorang lagi rakannya berusia 21 tahun menunggang motosikal ketika mereka ditahan polis dalam sekatan jalan raya di Pandan Indah, Ampang pada petang 14 April.
Walaupun PKP melarang orang ramai untuk keluar beramai-ramai, namun mereka mendapat pengecualian, kata peguam Collin Arvind Andrew.
“Kami mempunyai alasan kukuh. Dia di sana untuk membantu mengangkat beras, minyak, tepung dan keperluan lain. Anda tidak dapat melakukan semua itu dengan menunggang motosikal tanpa bantuan,” katanya.
Beliau merancang untuk kedua-dua mereka menuntut perbicaraan dan agar surat perwakilan dihantar kepada pihak pendakwaan untuk menggugurkan kes.
Di dalam ruang sidang kecil sekumpulan orang yang dituduh melanggar PKP melakukan yang terbaik untuk menjaga penjarakan sosial mereka.
Satu-satunya kipas diletakkan di tempat pendingin hawa yang tidak lagi berfungsi.
Kesemua mereka dilihat memakai topeng muka.
Pihak pendakwa tidak menawarkan jaminan untuk bukan warganegara Malaysia, kata peguam Chan Yen Hui.
“Sekiranya mereka tidak mempunyai peguam untuk membuat akuan, mereka akan duduk di penjara selama tiga bulan menunggu perbicaraan.” – 27 April, 2020.
Dalam kes remaja berkenaan, peguamnya berjaya meyakinkan hakim untuk menawarkan jaminan RM500 kepadanya.
Berita penuh di sini.
Komen