100 pesakit dibenarkan pulang selepas disahkan pulih daripada Covid-19 melebihi 38 kes baharu yang disahkan dalam masa 24 jam, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua pengarah kesihatan itu turut mengatakan secara keseluruhan 3,862 orang direkodkan telah sembuh daripada virus itu, sementara jumlah kes terkumpul adalah sebanyak 5,780 orang.
“Ketika ini, 36 orang pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi, dan 15 orang daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.
Dr Noor Hisham mengatakan tidak ada kematian dilaporkan sepanjang 24 jam lalu dan jumlah kematian di seluruh negara kekal berjumlah 98 orang. – 26 April, 2020.
Komen