BERIKUTAN penurunan dalam persaingan perniagaan Malaysia dan kebolehan untuk mengekalkan bakat, syarikat perlu mengiktiraf keinginan pekerjanya untuk bergerak dan merancang laluan kerjaya yang sesuai, kata perunding pekerjaan Robert Walters.
“Masyarakat memang mahukannya kerana mereka mencari peluang lain. Gerakan dalam negara dan antarabangsa merupakan apa yang dicari oleh pekerja. Ia merupakan kehendak untuk lebih mudah bergerak,” kata pengurus Robert Walters Malaysia, Kimberlyn Lu.
Malaysia jatuh tujuh anak tangga kepada 28 daripada 63 buah negara berkenaan kebolehan mereka untuk mengekalkan dan menarik pekerja berkemahiran tinggi tempatan dan antarabangsa menurut kajian Ranking Bakat Dunia (WTR) 2017 oleh Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) yang berpangkalan di Switzerland bulan ini.
Kajian itu diukur menerusi pelaburan di setiap negara dan pembangunan bakat dalam negara, dan kesediaan dari segi kemahiran dan kecekapan dalam kumpulan bakat.
Malaysia juga jatuh dari tangga ke 19 kepada 24 dalam kedudukan Buku Tahunan Kompetetif Dunia 2017, yang dikeluarkan awal tahun ini.
“Pengekalan bakat merupakan topik yang penting. Ia mengenai penglibatan kakitangan dan memastikan laluan kerjaya dirancang sebaiknya,” kata Lu kepada pemberita ketika membentangkan laporan tahunan Kajian Pendapatan 2018 Robert Walters (China dan Asia Tenggara).
“Perlu ada komunikasi dengan pekerja mengenai perkembangan karier. Syarikat perlu mempertimbangkan aspirasi karier masyarakat dan aspirasi mobiliti sekiranya mereka mahu menjadi lebih baik dalam pengekalan,” tambahnya.
Aktiviti pengambilan pekerja di Malaysia dijangka akan kekal aktif tahun depan, dipacu oleh pertumbuhan e-dagang, digitalisasi, tekologi kewangan dan khidmat perkongsian.
“Dalam persekitaran tawaran, syarikat perlu memastikan strategi pengekalan dan tarikan bakat yang baik, sebagai contoh menawarkan pakej gaji yang kompetitif, proses pengambilan pekerja yang efisyen dan tepat pada masanya, penglibatan tenaga kerja yang lebih baik dan rancangan latihan dan pembangunan berstruktur.”
“Di samping itu, kerana calon mungkin mempunyai lebih daripada satu tawaran pekerjaan, ia akan memberi kelebihan kepada syarikat untuk membina nilai jenama majikan mereka sebagai salah satu strategi tarikan,” kata Lu.
Pada tahun depan, Robert Walters menjangkakan permintaan yang lebih tinggi untuk bakat dalam kewangan dan perakaunan, IT dan rantaian bekalan dan perolehan, kerana perkhidmatan saham dijangka terus berkembang.
“Sebagai hasil untuk transformasi ini, banyak syarikat yang mahu mengambil golongan profesional dalam bidang digital, merentasi pemasaran dan IT, terutamanya mereka yang mahir dalam mengendalikan kemudahan digital pejabat atau kemahiran teknologi khusus,” katanya.
Calon yang memiliki potensi tinggi atau kemahiran khusus boleh menjangkakan kenaikan antara 25% hingga 30% apabila bertukar kerja, walaupun kenaikan 15% kepada 20% adalah lebih biasa dalam amalan perniagaan, menurut Kajian Gaji Robert Walters 2018.
Laporan itu menambah, bagaimanapun kenaikan tahunan kepada pekerja yang kekal dengan syarikat mereka secara umumnya akan bergantung kepada pelarasan inflasi.
Lu berkata, syarikat Malaysia masih mampu menarik bakat, terutamanya bakat rakyat Malaysia di luar negara kerana pengalaman antarabangsa mereka dinilai.
“Saya tidak fikir Malaysia berbeza secara drastik berbanding negara lain di rantau ini. Saya rasa ia merupakan tarikan dan saingan pada hanya. Banyak syarikat mendapati Malaysia merupakan sebuah platform ideal sekiranya mereka mahu berkembang di Asia Tenggara. Daripada perspektif serantau, ia stabil dari segi politik dan ekonomi. Kosnya diuruskan dengan baik.”
“Kita memiliki ramai orang yang boleh bertutur banyak bahasa. Kita mempunyai kemudahan yang betul dan ia tidak semahal di negara lain. Jika dilihat, sebagai contoh, Indonesia dan Vietnam, mereka masih membangun. Kita berada di kedudukan yang betul, buat masa ini,” kata Lu. – 22 November, 2017.
Komen