TIADA jaminan liga bola sepak tempatan akan dibenarkan bersambung jika kerajaan menarik semula perintah kawalan pergerakan, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.
Menteri Pertahanan itu berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang merangka operasi prosedur operasi standard (SOP) baharu selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditarik semula.
“Bola sepak tidak seperti badminton yang mempunyai jarak antara dua pemain.
“SOP PKP tidak membenarkan orang ramai berkumpul di satu-satu tempat. Ada 22 pemain bola di dalam padang, dan kita tidak benarkannya,” katanya.
“MKN merangka SOP baharu selepas PKP. Apabila PKP ditarik semula, ia akan diumumkan kemudian selepas kajian terperinci.
“Namun walaupun PKO ditarik semula, orang awam masih tidak boleh berkumpul di tempat umum seperti sebelum ini,” katanya.
Pada Rabu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) berkata mereka sedia menyambung Liga Malaysia (Liga-M) sebaik sajaka PKP ditarik semula.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata FAM dan MFL sudah mempunyai perancangan teliti termasuk untuk kesemua pertandingan di bawah kelolaan FAM antaranya saingan Piala Belia dan Piala Presiden yang ditangguhkan berkuat kuasa 16 Mac lepas.
Beliau berkata FAM dan MFL juga akan memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) baharu yang perlu dipatuhi pasukan iaitu pemain serta pegawai pasukan wajib menjalani ujian saringan Covid-19 dalam usaha mengurangkan risiko.
FAM dan MFL memutuskan untuk menunda kesemua perlawanan Liga-M dan aktiviti bola sepak di negara ini berkuat kuasa 16 Mac, susulan penularan pandemik CCovid-19, malah pasukan juga tidak dibenarkan mengadakan sesi latihan atau perlawanan persahabatan sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.
Malaysia melaksanakan PKP bermula 18 Mac sebagai usaha mengekang penularan wabak Covid-19.
Sejak 18 Mac, beberapa lokasi turut diletakkan di bawah PKP yang diperketatkan (PKPD).
Setakat ini, ada enam lokasi di seluruh negara yang diletakkan di bawah PKPD. – 25 April, 2020.
Komen