SERAMAI 58 individu didapati bersalah dan dihantar ke penjara untuk menjalani hukuman kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.
Ismail berkata kesemua 58 pesalah itu ditempatkan di penjara khas di 11 Jabatan Penjara yang digunakan sebagai lokasi penjara sementara.
Ismail berkata 11 daripada 13 penjara itu sudah mula digunakan dan menerima pesalah.
“58 individu dihantar ke penjara sementara untuk menjalani hukuman mereka,” katanya.
Sejak Mac, Ismail berkata polis menahan seramai 19,434 individu kerana melanggar PKP.
Ismail berkata seramai 386 orang ditahan pada Jumaat dengan 322 daripadanya direman manakala 52 lagi dibebaskan dengan ikat jamin polis.
Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Huzir Mohamed berkata polis tidak lagi akan bertoleransi dengan pesalah PKP selepas PKP fasa keiga dilaksanakan minggu lepas.
Katanya ramai individu yang ditahan gagal memberikan alasan kukuh mereka meninggalkan rumah masing-masing semasa PKP.
“Seramai 3,627 orang ditahan semasa fasa satu, 11,295 lagi di fasa dua,” kata Huzir. – 25 April, 2020.
Komen