Tidak ada jarak sosial semasa ujian Covid-19, kata penduduk City One


Noel Achariam

Tiada penjarakan sosial dilihat semasa ujian Covid-19 besar-besran di kondominium Menara City One malam tadi. – Gambar The Malaysian Insight, 25 April, 2020.

PENDUDUK Menara City One kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang gagal menjaga penjarakan sosial semasa ujian Covid-19 besar-besaran di kondominium itu malam tadi.

Mereka mendakwa pihak berkuasa meminta semua penduduk turun serentak untuk menjalani pemeriksaan.

Penduduk berkata tidak ada penjarakan sosial di dalam lif yang sesak.

Penduduk Abdul Salam Abdullah, 74, berkata pihak berkuasa sepatutnya memanggil penduduk turun mengikut aras dan tidak secara serentak.

“Apa yang mereka lakukan semalam huru-hara. Cara mereka memanggil seluruh penduduk tidak betul.

“Pada usia 74 tahun saya perlu berdiri di khalayak ramai. Seperti pasar ikan dan kita mungkin boleh dijangkiti,” katanya kepada The Malaysian Insight. 

City One merupakan kediaman tingkat tinggi pertama yang berada di bawah perintah kawalan pergerakan yang dipertingkatan (PKPD) di ibu negara.

PKPD bermula pada 31 Mac di kompleks di Jalan Munshi Abdullah melibatkan 3,200 penduduk di 502 unit.

Abdul Salam berkata mereka menghargai apa yang dilakukan oleh kerajaan namun ia harus lebih professional.

“Kami mahu pegawai Kementerian Kesihatan dan polis pergi serta memeriksa di semua rumah.

“Kami percaya ada beberapa penduduk yang tidak turun membuat ujian,” katanya.

Penduduk Noraini Abdullah, 73, berkata sebagai warga emas, keutamaan harus diberi ketika menjalani ujian berkenaan. – 25 April, 2020.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen