Malaysia catat 121 kes pulih, 88 jangkitan baharu Covid-19 


Ragananthini Vethasalam

Satu kematian dilaporkan akibat Covid-19 hari ini melibatkan seorang lelaki berusia 61 tahun.– Gambar fail The Malaysian Insight, 24 April, 2020.

SERAMAI 121 pesakit Covid-19 telah pulih dan dibenarkan pulang dari hospital setakat tengah hari ini, melebihi jumlah kes baharu yang direkodkan sebanyak 88 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. 

Menurutnya, jumlah keseluruhan kes pulih kini 3,663 manakala jumlah kumulatif kes adalah 5,691. Daripada jumlah itu, 13 adalah kes import.

Sementara itu,satu kematian dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kematian 96.

Mangsa merupakan lelaki berusia 61 tahun yang ke Indonesia. Lelaki terbabit yang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh turut mempunyai sejarah penyakit kronik. 

Mangsa dimasukkan ke hospital pada 31 Mac dan meninggal dunia pada pukul 2.29 pagi tadi. – 24 April, 2020.

MENYUSUL 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen