SERAMAI 25 setiausaha politik kepada menteri hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Majlis ringkas yang diadakan di Putrajaya itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.
Muhyiddin menerusi catatan dalam laman Twitter dan Facebooknya, berkata upacara mengangkat sumpah jawatan diketuai oleh Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Mohd Nardin Awang.
Perdana menteri turut memuat naik beberapa keping gambar berkaitan majlis berkenaan.– Bernama, 24 April, 2020.
Komen