KERAJAAN melakukan perkara yang merugikan negara dengan terus berdiam diri mengenai kegiatan kapal peninjau China di kawasan maritim Malaysia, kata Anifah Aman.
Bekas menteri luar negeri itu berkata Putrajaya tidak boleh takut dalam mempertahankan hak dan kepentingan Malaysia selaras dengan undang-undang antarabangsa.
Beliau merujuk kepada laporan mengenai kehadiran kapal milik China di perairan Malaysia di Laut China Selatan.
“Ketika semakin banyak perincian didedahkan oleh portal berita media tempatan, serantau dan antarabangsa, saya tidak dapat menahan diri daripada melihat tiada tindak balas kerajaan Malaysia mengenai perkara itu.
“Tidak berkata apa-apa mengenai aktiviti yang dilakukan oleh kapal tinjau China di kawasan maritim Malaysia adalah merugikan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menambah Laut China Selatan sangat penting bagi Malaysia kerana ia berkaitan dengan isu kedaulatan, hak kedaulatan, kegiatan ekonomi, serta keamanan dan keselamatan seluruh wilayah. – 23 April, 2020.
Berita penuh di sini
Komen