PERTUMBUHAN ekonomi Malaysia untuk tahun ini akan menyusut hingga -1% pada tahap terburuk, atau tumbuh 3.8% dalam keadaan terbaik, kerana pandemik Covid-19, unjur Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).
Timbalan Pengarah MIER Prof Dr Jamal Othman berkata Malaysia mungkin mengalami kerugian sebanyak RM72 bilion dari segi nilai sebenar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam keadaan terburuk.
“Sekiranya tiada pandemi Covid-19, KDNK kita sepatutnya lebih tinggi sebanyak RM72 bilion,” katanya ketika membentangkan Tinjauan Ekonomi Nasional 2020-2021 melalui webinar hari ini.
RM72 bilion itu selepas mengambil kira pakej rangsangan ekonomi Prihatin bernilai RM260 bilion. Tanpa pakej, kerugian KDNK mungkin berjumlah RM128 bilion.
Sementara itu dalam senario terbaik, KDNK mengalami kerugian selepas mengambil kira pakej Prihatin berjumlah RM7 bilion, dan RM60 bilion tanpa pakej rangsangan.
Jamal juga mengunjurkan antara 28,590 hingga 1.46 juta orang mungkin hilang pekerjaan kerana wabak itu.
Kerugian pendapatan diunjurkan antara RM46.4 bilion paling baik, dan paling teruk RM128 bilion. – 23 April, 2020.
Berita penuh di sini
Komen