Kuching tidak akan diletakkan di bawah PKPD, kata Uggah


Desmond Davidson

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Douglas Uggah berkata Kuching belum mencapai angka diperlukan untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan dipertingkatkan. – Gambar The Malaysian Insight, 22 April, 2020.

TIMBALAN Ketua Menteri Sarawak menolak cadangan untuk meletakkan Kuching yang berada dalam zon merah Covid-19 di bawah perintah kawalan pergerakan dipertingkatkan (PKPD) bagi memutuskan rangkaian virus berkenaan.

Douglas Uggah berkata Kuching tidak boleh diletakkan di bawah PKPD kerana daerah berkenaan merupakan ibu pejabat pentadbiran negeri dan pusat komersial.

“Ya PKPD terbukti berjaya di Kuala Lumpur dan Singapura tetapi kita harus berhati-hati (dengan keputusan yang dibuat),” kata Ketua Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri dalam taklimat harian Covid-19 hari ini.  

Walaupun Kuching mencatatkan satu lagi kematian hari ini menjadikan seramai 10 orang di daerah itu dan 16 orang di negeri – Unggah berkata Kuching belum mencapai angka diperlukan untuk melaksanakan perintah pengurungan.  

Kes terbaru yang meninggal dunia akibat Covid-19 adalah pesakit berusia 72 tahun dari bandar pesisir Lingga kira-kira 235 kilometer dari Kuching.

Juga semalam jumlah kes positif di Kuching meningkat seramai 17 orang menjadikannya jumlah keseluruhan 297 kes. – 22 April, 2020.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen