MALAYSIA dijangka akan menerima kit ujian pengesanan antigen dari Korea Selatan selewat-lewatnya pada Jumaat atau minggu hadapan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
“Kita jangka mungkin Jumaat atau minggu depan.
“Sebab permintaan banyak bukan saja dari Malaysia tapi banyak negara,” katanya pada sidang media harian situasi Covid-19 hari ini.
Menurutnya, proses kerajaan kepada kerajaan (G2G) digunakan untuk memudahkan urusan.
“Kita harap Wisma Putra akan terus membantu kita untuk mendapatka kit ujian itu secepat mungkin,” katanya.
Pada 16 April lalu, Dr Noor Hisham berkata kementerian sedang berusaha mendapatkan kit ujian pengesanan antigen dari Korea Selatan.
Katanya, kit ujian bernama Standard Q Bio-Censor itu mempunyai keupayaan 84.4 peratus untuk mengesan wabak berkenaan. – 22 April, 2020.
Komen