237 kes berita palsu Covid-19 disiasat, kata Ismail Sabri


Alfian Z.M. Tahir

Polis bercakap dengan seorang warga Rohingya berhampiran Pasar Borong Selayang yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan. Polis dan SKMM kini membukan 237 kertas siasatan berkenana berita palsu Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 April, 2020.

POLIS serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membuka 237 kertas siasatan berkenaan penyebaran berita palsu Covid-19, kata Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Menteri Pertahanan berkata 169 kes masih dalam siasatan sementara 24 kes dibawa ke mahkamah dengan 13 individu mengaku bersalah dan 11 diberi amaran.

“Sehingga 22 April, 237 kertas siasatan dibuka. SKMM masih menyiasat 169 kes.

“Sebanyak 24 kes sudah ada di mahkamah. 13 orang mengaku bersalah dan 11 individu menerima notis amaran,” katanya pada sidang media hariannya hari ini.

Sementara itu Ismail mendedahkan sejak 18 Mac, seramai 17,735 individu ditahan kerana melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) di mana 1,236 sudah dituduh di mahkamah.

Polis menahan 865 orang pada Selasa kerana melanggar PKP dengan 732 direman dan 133 dibebaskan dengan jaminan.

“Secara keseluruhan kami sudah menahan lebih 17,000 orang. Semalam sahaja 865 orang ditahan dengan 732 direman dan 133 dibebaskan dengan jaminan.

“Polis melakukan 835 sekatan jalan raya di seluruh negara dan memeriksa 609,411 kenderaan,” katanya. – 22 April, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen