PRESIDEN PAS Abdul Hadi Awang menafikan parti di bawah pentadbirannya itu mengamalkan nepotisme.
Penafian itu dibuat susulan pemilihan anaknya, Khalil sebagai ketua Pemuda pada Muktamar PAS ke-63 di Kota Sarang Semut, Alor Star yang berakhir hari ini.
“Bukan saya mencalonkannya. Saya tidak minta ahli keluarga bertanding. Apa yang berlaku adalah pencalonan daripada akar umbi yang membolehkannya bertanding atau tidak,” katanya pada sidang media selepas muktamar.
Bagaimanapun, sebagai bapa beliau mengakui menyimpan hasrat melihat Khalil mengikut langkah perjuangannya.
“Semua bapa mahu anak mengikut perjuangannya.”
Pada pemilihan Jumaat lalu, menyaksikan Khalil menang tanpa bertanding sekaligus mengambil alih tempat Nik Abduh Nik Aziz.
Terdahulu hari ini, Khalil semasa ucapan penggulungannya berjanji memikul tugas untuk menguasai sekurang-kurangnya 60% undi golongan muda bagi meraih 40 kerusi dan lima negeri pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.– 1 Mei, 2017.
Komen