Banyak syarikat perlu lebih enam bulan untuk pulih selepas PKP, kata kajian


Sekurang-kurangnya enam bulan diperlukan untuk syarikat kembali pulih kerana kesan PKP untuk mengekang wabak Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 April, 2020.

HAMPIR separuh daripada 916 syarikat yang terlibat dalam kajian dibuat badan pemikir menyatakan mereka memerlukan sekurang-kurangnya enam bulan untuk pulih selepas berakhirnya perintah kawalan pergerakan.

Kajian bertajuk “Quick-Take Survey on Post- MCO Exit Strategy” dibuat Gabungan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia (ACCIM) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Ekonomi-Sosio (SERC), mendapati 48.1% responden kajian memerlukan lebih enam bulan dan 32.1% lagi memerlukan antara tiga hingga enam bulan untuk pulih.

Hampir 7% pula berkata mereka memerlukan kurang tiga bulan manakala 12% lagi tidak pasti jumlah masa diperlukan untuk pulih.

Presiden ACCCIM Ter Leong Yap berkata walaupun perjalanan untuk kembali pulih dan stabil mempunyai cabaran besar tetapi perniagaan boleh meraih kembali momentum sekiranya bertahan dan kekal fokus.

Sokongan kerajaan pada masa sekarang juga akan banyak membantu, kata Ter. – 21 April, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen