PASAR borong Selayang ditutup sehingga Khamis ini untuk proses sanitasi, kata Ismail Sabri Yaakob.
Menteri kanan berkata pasar itu tidak berada di bawah PKPD tetapi kawasan sekitarnya.
“Kita menutup kawasan sekitarnya. Sebilangan besar pekerja pasar borong tinggal di sana,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.
“Penutupan bukan selama 14 hari tetapi hanya empat hari sehingga Khamis agar kerja sanitasi dapat dilakukan di pasar borong berkenaan.
“Apabila dibuka kami ingin memastikan kawasan itu sudah dibersihkan. Kami mengambil tindakan untuk memastikan tidak ada kemungkinan jangkitan Covid-19,” katanya.
Kekeliruan sama ada pasar borong berkenaan akan tetap dibuka menyebabkan pembekal dan peniaga menangguhkan perniagaan mereka pagi ini apabila pasar itu ditutup.
Gangguan dalam perniagaan akan menyebabkan kekurangan sayur-sayuran tempatan di Lembah Klang hujung minggu ini setelah mereka diberitahu pasar ditutup hingga Jumaat.
Perikatan Nasional berkata pasar tersebut dibuka untuk perniagaan tetapi pemborong yang datang semalam memberitahu mereka dilarang masuk.
“Tidak ada lori atau kereta yang dibenarkan masuk. Kami semua terpaksa meletak kenderaan di tepi jalan,” kata Presiden Persatuan Pemborong Sayur-Sayuran Kuala Lumpur Malaysia Chong Tek Keong.
Chong berkata pihak berkuasa memberitahu ahli persatuan bahawa pasar akan ditutup sehingga Jumaat kerana PKPD yang dikuatkuasakan di kawasan Selayang dari semalam hingga 3 Mei.
Lapan parcel di sekitar pasar diletakkan di bawah PKPD.
Kira-kira 15,000 penduduk dan pekerja akan disaring untuk Covid-19, kata Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa semalam. – April 21, 2020.
Komen