MALAYSIA boleh mencapai penurunan kes baharu Covid-19 kepada 1 digit, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Bagaimanapun, beliau menegaskan perang terhadap wabak itu masih perlu diteruskan meskipun sasaran dicapai.
“Perjuangan kita masih berterusan dan pastinya belum tamat,” kata Dr Noor Hisham pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata langkah-langkah yang diambil semasa fasa pertama dan kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diteruskan untuk mengurangkan jumlah kes jangkitan.
Kes baharu Covid-19 yang dilaporkan di Malaysia kekal dua digit masuk hari keempat berturut-turut, dengan 36 kes dilaporkan hari ini.
“Tetapi kita ingin melihat satu digit, mungkin boleh capai satu digit dalam tempoh seminggu.
“Bagaimanapun, semua perlu bekerjasama dan memastikan duduk di rumah walaupun selepas PKP ditamatkan,” kata Dr Noor Hisham. – 20 April, 2020.
Komen