Ahli Parlimen Batu ditahan kerana langgar PKP


Noel Achariam

Ahli Parlimen Batu P. Prabakaran ditahan polis hari ini ketika sedang meninjau keadaan di apartment Sri Murni di Selayang yang diletakkan di bawah PKPD. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 April, 2020.

AHLI Parlimen Batu P. Prabakaran ditahan polis hari ini ketika sedang meninjau keadaan di apartment Sri Murni di Selayang yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), kata setiausaha politiknya.

Muhamed Reza Abdul Ralib memberitahu The Malaysian Insight, Prabakaran mahu mendapatkan maklumat mengenai keadaan penduduk di situ tengah hari tadi.

“Beliau tak masuk ke kawasan apartment, tetapi ke pusat kawalan.

“Beliau beritahu mereka yang berada di pusat kawalan supaya percepatkan bantuan kepada penduduk, sebaliknya dihalau keluar dari kawasan itu,” kata Reza.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Edmund Santhara berada di sana ketika itu, tambah Reza.

“Beliau (Prabakaran) kemudian keluar daripada kawasan tersebut untuk buat Facebook Live, dan selepas itu polis datang. Mereka bawa beliau ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Sentul.”  – 20 April, 2020.   

Berita penuh di sini.        


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen