Pagar berduri dibina di sekitar Pasar Borong KL


Ragananthini Vethasalam

Tentera kelihatan sedang membina pagar berduri di sekitar Pasar Borong KL. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 20 April, 2020.

SELURUH kawasan Pasar Borong KL di Selayang dan sekitarnya sudah dikurung dawai berduri tetapi penduduk di situ masih menanti pengesahan rasmi sama ada kawasan itu kini diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketat (PKPD).

Anggota tentera dan polis juga kelihatan berada di pintu masuk pasar itu yang sudah disekat.

Ahli Parlimen Batu P Prabakaran memberitahu The Malaysian Insight yang kawasan itu diletakkan di bawah PKPD sejak jam 2 pagi tadi.

Prabakaran berkata beliau menerima maklumat daripada penduduk yang kawasan sekitar Pasar Borong BL di Selayang termasuklah Kampung Selayang Lama dan Taman Seri Murni sudah dikenakan PKPD.

Bagaimanapun, beliau masih menunggu pengesahan rasmi daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pemborong Sayur Kuala Lumpur Wong Keng Fatt berkata peniaga diminta menutup perniagaan mereka pada 19 dan 20 April. 

Tetapi, arahan itu dilanjutkan sehingga jam 12 pagi 24 April. 

DBKL dalam notis kepada pemegang lesen pasar itu berkata arahan penutupan dikeluarkan Kementerian Kesihatan. 

Penutupan berkuatkuasa sejak 8 pagi hari ini sehingga 12 pagi 24 April. 

“Lori pembawa barang dan pemegang lesen tidak dibenarkan masuk kawasan pasar pada tarikh dan masa dinyatakan,” kata notis itu. – 20 April, 2020.

Seluruh kawasan Pasar Borong Selayang dan Taman Seri Murni kini menunggu pengesahan Majlis Keselamatan Negara sama ada mereka dikenakan PKPD. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 April, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen