UNDI diberikan pembangkang untuk menolak Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2018 bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan semalam adalah untuk mengajar Barisan Nasional, kata Ahli Parlimen Pasir Puteh Nik Mazian Nik Mohamad.
Katanya, semua ahli Parlimen mengundi berdasarkan kesedaran masing-masing untuk membantah kenaikan harga.
“Kami menentang harga tinggi jadi inilah kementerian yang bertanggungjawab mengawal harga, (kita perlu) kata kepada mereka yang kita tak suka ini (peningkatan harga), (jadi kita) beri mereka pengajaran,” kata Nik Mazian kepada media hari ini.
52 ahli Parlimen menyokong, 51 membantah manakala dua berkecuali.
Keputusan itu diumumkan oleh Timbalan Speaker Ronadl Kiandee beberapa minit selepas kekecohan tercetus apabila G, Manivanan (PKR-Kapar) meminta undi belah bahagi sebaik sahaja perbahasan tamat berhubung peruntukan Bajet, dan hanya beberapa ahli Parlimen BN hadir.
Ahli Parlimen pembangkang berang apabila Kiandee membenarkan wakil BN memasuki dewan dan bukannya membuat undian dengan mereka yang hadir.
Nik Mazian berkata tindakan Manivanan sangat mengejutkan, dan itu sebabnya dua ahli Parlimen PAS berkecuali daripada mengundi.
Mereka adalah Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang) dan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang).
“Ia adalah tindakan spontan. (Ia) tidak dirancang (tetapi) membuatkan BN takut. Saya terkejut.
“Semua membuat keputusan di sana dan kemudian,” kata Nik Mazian.
“Kami tidak berpeluang untuk berbincang atau mengadakan mesyuarat pra-majlis, (jadi mereka undi) berdasarkan apa yang mereka rasa,” katanya ketika diminta menjelaskan mengapa dua ahli Parlimen berkecuali. – 21 November, 2017.
Komen