Badan kebajikan berjaya salurkan bantuan RM2.5 juta sepanjang PKP


Aminah Farid

Malaysian Relief Agency (MRA) menyampaikan bantuan makanan dan bukan makanan kepada kumpulan terpinggir dan pekerja barisan hadapan ketika PKP. – Gambar Facebook, 19 April, 2020.

MALAYSIAN Relief Agency (MRA) sudah menyampaikan bantuan makanan dan bukan makanan bernilai RM2.5 juta kepada golongan memerlukan, termasuklah pekerja barisan hadapan di seluruh negara sejak perintah kawalan pergerakan dikuatkuasa sebulan lepas.

Bantuan itu disampaikan menerusi kutipan Tabung Bantuan Kecemasan Covid-19 serta sumbangan pelbagai yayasan dan syarikat korporat yang mahu menyokong perang melawan penularan Covid-19.

MRA adalah organisasi kebajikan didaftarkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 dengan cawangan di seluruh negara.

Presidennya Dr Mohd Daud Sulaiman memberitahu The Malaysian Insight yang mereka aktif menyampaikan bantuan di seluruh negara sejak PKP bermula tetapi pada masa sama menyelaras bantuan dengan kumpulan lain supaya kerja tidak bertindih.

Badan kebajikan itu mensasarkan kumpulan terpinggir seperti pelarian, penduduk PPR, gelandangan serta pekerja barisan hadapan dan mereka yang hilang akses kepada bekalan makanan disebabkan hilang kerja ketika PKP.

“MRA ada dua projek, satu kita berikan barangan bukan makanan dan makanan kering, satu lagi adalah Hot Meals yang memberi bantuan setiap hari kepada 500 orang seperti gelandangan, pelarian, penduduk PPR, OKU dan anak yatim,” katanya.

Bekerjasama dengan Commerce Dot Com, MRA menyediakan 10,000 bungkusan Hot Meals kepada kumpulan memerlukan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, makanan itu dimasak setiap hari oleh tukang masak tempatan dan diedarkan ke PPR terpilih.

“Pelarian pula, MRA menyampaikan bantuan kepada lebih 1,800 keluarga yang kebanyakannya komuniti Rohingya, di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Terengganu.” – 19 April, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen