SEKTOR pelancongan, perdagangan dan pergerakan umum di Asia Tenggara (Asean) tidak akan kembali normal dalam masa terdekat kerana dunia masih menunggu vaksin Covid-19, kata pakar ekonomi.
Negara anggota Asean yang menyaksikan pemimpinnya bersidang secara dalam talian awal minggu ini, kemungkinan akan menerapkan sistem penyaringan yang ketat pada semua orang samada warganegara sendiri dan pengunjung untuk mencegah penyebaran wabak itu.
Tindakan ini akan mengurangkan hasil pelancongan di rantau ini selama beberapa tahun walaupun larangan perjalanan ditarik semula kerana dibayangi kebimbangan untuk melancong dan berkumpul di tempat awam.
“Sukar untuk sektor pelancongan pulih kerana penerbangan antarabangsa dihentikan terutamanya dari China yang menyumbang hasil pendapatan kebanyakan negara,” kata Pengarah Kajian Institut Strategik KSI Voon Zhen Yi.
“Walaupun pandemik ini dibendung, besar kemungkinan hasil pendapatan pelancongan untuk kembali seperti sebelum pandemik sukar diramal kerana kebimbangan wabak itu kembali merebak.
“Kebimbangan sedemikian hanya akan terhapus jika vaksin ditemukan.”
Walaupun sebelum perintah pengurungan, hasil pendapatan pelancongan sudah terjejas dalam bentuk pemotongan bayaran, cuti tidak berbayar dan pembuangan pekerja.
“Satu lagi kesan negatif adalah mereka yang tidak mempunyai pendapatan berlebihan tidak akan melancong walaupun pelbagai insentif diberikan oleh kerajaan untuk menggalakkan pelancongan,” kata Voon.
“Dijangkakan sektor pelancongan di peringkat antarabangsa akan mengurangkan permintaan yang diharapkan. Ini mungkin disebabkan pengendali akan keluar dari perniagaan dalam beberapa bulan mendatang, sama ada sesama dan selepas PKP.”
Bagi sektor perdagangan, larangan eksport yang dikuatkuasakan negara pengeluar menyebabkan gangguan bekalan.
Vietnam, negara eksport ketiga terbesar, melarang eksport besar pada 24 Mac disusuli Kemboja. – 19 April, 2020.
Komen