Sarawak guna sistem pantau suhu pesakit Covid-19 dari jauh


Desmond Davidson

Petugas perubatan dibebani tugas untuk mengambil suhu suspek atau pesakit Covid-19 secara manual. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 April, 2020.

SEORANG pakar akademik Sarawak mencipta satu sistem baharu bagi membantu meringankan tugas doktor dan jururawat mengambil suhu badan pesakit Covid-19.

Patrick Then dan pasukannya dari Universiti Swinburne Sarawak mengambil masa tiga bulan untuk menghasilkan sistem itu yang digelar ‘pemantau suhu badan manusia jarak jauh’.

Alat itu kini digunakan di Hospital Umum Sarawak di Kuching dan di beberapa pusat kuarantin di negeri itu dengan kemampuan memantau suhu pesakit dari beberapa lokasi berlainan.

Komponen utama sistem itu menggunakan tampalan suhu berbentuk ‘S’ dengan ukuran 6cm x 4cm yang dihasilkan dari Amerika Syarikat (AS).

Walaupun sudah terdapat tampalan yang diimport, masih banyak yang perlu Then dan pasukan kecilnya untuk membangunkan sistem dan rangkaiannya bagi membolehkan doktor serta jururawat mengendalikan kes pesakit Covid-19 dengan maklumat di hujung jari tanpa perlu menghampiri mereka.

Then menyifatkan tampatan itu seperti ‘koyok’, plaster perubatan popular dalam kalangan rakyat Malaysia untuk melegakan sakit badan.

Tampalan yang digunakan dalam sistem pemantauan suhu jarak jauh yang dibangunkan oleh Patrick Then dan pasukannya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 April, 2020.

Tampalan itu mempunyai kelulusan daripada Pentadbiran Dadah dan Pemakanan Amerika Syarikat (FDA) dan Kawasan Kesatuan Eropah (EEA) ‘CE’.

CE merupakan singkatan dari frasa Perancis “Conformité Européene” yang secara bermaksud “Kesesuaian Eropah”.

Ini adalah tanda pensijilan yang menunjukkan kesesuaian dengan standard kesihatan, keselamatan, dan perlindungan alam sekitar untuk produk yang dijual dalam kalangan EEA.

Tampalan itu hanya perlu dilekatkan bawah ketiak pesakit Covid sehingga dia keluar dari hospital.

Ia juga tidak perlu menggunakan sebarang wayar.

Patrick Then dan pasukannya dari Universiti Swinburne Sarawak mengambil masa tiga bulan untuk menghasilkan sistem itu yang digelar 'pemantau suhu badan manusia jarak jauh'.

Dengan dilapisi sensor mikro dan pemancar, ia direka untuk mengambil suhu badan pesakit setiap 15 minit, 24 jam sehari dan setiap hari sepanjang pesakit berada di hospital.

Menerusi aplikasi Android, alat itu boleh menghantar bacaan suhu menerusi Bluetooth ke ruang simpanan data dalam talian untuk rujukan doktor dan jururawat.

Sistem itu akan memberi amaran kepada doktor dan jururawat jika suhu pesakit meningkat.

“Sistem ini menggantikan cara lama untuk mengambil suhu pesakit,” katanya. – 19 April, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen